Champs-Élysées


Champs-Élysées




Avenue des Champs-Élysées (Sebutan Perancis: [ʃɑ̃zeliˈze]  ( dengar)) adalah sebuah lebuh berprestij yang terletak di Paris, Perancis. Dengan dihiasi dengan panggung, kafé, kedai-kedai khas mewah dan pokok berangan, Avenue des Champs-Élysées menjadi salah satu jalan yang paling terkenal di dunia, dengan kadar sewanya setinggi AS$1.5 juta bagi setiap 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) ruang. Ia kekal menjadi jalur hartanah paling mahaldi Eropah. Namanya yang bermaksud medan Elisium di dalam bahasa Perancis, adalah sebuah tempat kematian bertuah dalam mitos Greek.

Avenue des Champs-Élysées juga dikenali dalam bahasa Perancis sebagai La plus belle avenue du monde ("Lebuh paling cantik di dunia"). Ketibaan rangkaian kedai berjenama global sejak beberapa tahun lepas sedikit sebanyak mengubah karekternya, dan dalam usaha pertama bagi menahan perubahan-perubahan ini, Kota Paris (yang mana memanggil trend ini sebagai "banalisation") pada tahun 2007 telah memutuskan untuk menghalang rangkaian pakaian dari Sweden, H&M dari membukakedai di lebuh ini. Bagaimanapun pada tahun 2008, rangkaian pakaian dari Amerika Syarikat, Abercrombie & Fitch telah diberi kebenaran untuk membuka kedai di sini.

Rujukan

Pautan luar

  • The Official website about the Champs-Elysees (Inggeris) (Perancis) (Cina)
  • The Champs Élysées district - current photographs and of the years 1900
  • Barry Bergdoll, Columbia University: Paris maps
  • Satellite image from Google Maps

Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Champs-Élysées by Wikipedia (Historical)


Langue des articles




Quelques articles à proximité