Bal Tabarin


Bal Tabarin




Bal Tabarin merupakan nama sebuah kabaret yang terletak di 36, rue Victor-Massé dalam daerah 9, Paris, Perancis.

Ia telah dibuka pada tahun 1904 oleh Auguste Bosc (1868-1945) iaitu seorang komposer dan pemimpin orkestra dan dengan pantas membuahkan kejayaan. Pada tahun 1928, Pierre Sandrini (anak kepada Emma Sandrini iaitu seorang ballerina prima dan pengarah artistik Moulin Rouge dan Pierre Dubout telah mengambil alih Bal Tabarin. Balet dalam tarian lantai yang diperkenalkan oleh Sandrini dan pakaian yang direka oleh Erté telah mengubah mereka menjadi tableaux yang menakjubkan. Persembahan baharu diperkenalkan setiap tahun dengan tema yang berbeza seperti The Planets atau The Symphony; adakala mengambil tokoh-tokoh sejarah sebagai inspirasi seperti Cleopatra dan Madame de Pompadour.

Semasa pendudukan Paris, ia sering dikunjungi oleh pegawai Jerman. Pada waktu tersebut, Florence Waren, seorang penari dari Afrika Selatan menjadi penghibur di sana dan identiti beliau sebagai seorang Yahudi tidak diketahui oleh Jerman, namun beliau masih diperlaku sebagai musuh asing untuk beberapa bulan. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Bal Tabarin dan bergandingan dengan Frederic Apcar untuk membentuk tarian berpasangan yang dikenali sebagai "Florence et Frederic". Mereka menjadi terkenal dan muncul di pentas bersama-sama dengan Edith Piaf dan Maurice Chevalier, meskipun dalam masa yang sama Waren terlibat dalam pemberontakan Perancis.

Setelah perang berakhir, Bal Tabarin diambil alih oleh pemilik Moulin Rouge, yang juga menutupnya pada tahun 1953.

Persamaan nama

Pada 1931, sebuah kelab malam di San Francisco, Amerika Syarikat telah dibuka oleh Tom Gerun (pengurus Frank Martinelli dan ahli perniagaan Bob Grison) dengan menggunakan nama yang sama. Timothy Pflueger pula bertanggungjawab mereka rekaan bangunan kelab malam tersebut. Kelab tersebut telah dijual kepada Agustino "Bimbo" Giuntoli pada tahun 1951 dan dibuka semula sebagai Bimbo's 362 Club, yang masih beroperasi sehingga kini.

References

  • Jean-Paul Caracalla, Montmartre, éditions Pierre Bordas et Fils, 1995.

External links

  • The Bal Tabarin.
  • Django Reinhardt in the Bal Tabarin in 1944.


Text submitted to CC-BY-SA license. Source: Bal Tabarin by Wikipedia (Historical)


Langue des articles



Quelques articles à proximité